fb fb fb fb fb

AI bakal pacu masa depan industri, ekonomi Malaysia

Fabian Bigar

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka menjadi penggerak utama masa depan industri, perkhidmatan awam dan ekonomi Malaysia.

Ia berpotensi meningkatkan produktiviti, menyelaraskan proses, dan membuka laluan baharu bagi pertumbuhan pelbagai industri di negara ini.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata teknologi tersebut menawarkan Malaysia peluang mengukuhkan daya saing global sambil memastikan pembangunan inklusif untuk semua rakyat.

Laluan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi akan bergantung pada pelaburan kukuh infrastruktur digital dan teknologi generasi akan datang yang difasilitasi oleh kerjasama awam-swasta.

Ekonomi digital dijangka menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir tahun depan berbanding 23 peratus pada 2022.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar sempena Cisco Malaysia’s Inaugural AI Day di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA