fb fb fb fb fb

Karnival Al-Falah MADANI bermula 27-29 Jun di Kuantan

Foto JAKIM

PUTRAJAYA, 25 Jun- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menganjurkan Karnival Al-Falah MADANI di Masjid Jamek Beserah, Kuantan bermula 27 hingga 29 Jun ini bagi menyantuni masyarakat di Pahang.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, Faizal Ibrahim, karnival yang menyatukan 14 agensi itu memberi ruang kepada orang ramai mengetahui peranan dan perkhidmatan setiap agensi dengan lebih jelas.

"Platform dakwah ini sebenarnya bertujuan membawa semua agensi agama di bawah Menteri, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyantuni masyarakat secara langsung.

"Menerusi platform sebegini, agensi-agensi agama dapat turun ke padang, bersemuka terus dengan masyarakat dan menjelaskan perkhidmatan serta tanggungjawab yang mereka laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita di Kompleks Islam Putrajaya di sini

Tambahnya, acara kemuncak Indera Mahkota Berselawat dijangka menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung, selain aktiviti seperti pertandingan azan, pertunjukan khas badan beruniform serta siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam.

Antara barisan selebriti dakwah popular yang terlibat ialah pendakwah tersohor dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad, Ustaz Wadi Annuar, Datuk Badli Shah, Neelofa dan Syamsul Debat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM