fb fb fb fb fb

Karnival Agro MADANI@Pasar Tani Kekal bantu rakyat tangani kos sara hidup

FOTO HIASAN

KEMAMAN, 13 Jun - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) optimis membantu kerajaan menangani kos sara hidup rakyat.

Ini termasuk melalui penganjuran Karnival Agro MADANI @ Pasar Tani Kekal (PTK) di enam lokasi di seluruh negara.
 
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan FAMA Faisal Iswardi Ismail berkata, program yang diadakan di PTK Seberang Jaya, Pulau Pinang dan diteruskan di PTK Chukai Terengganu.
 
Begitu juga program akan diteruskan ke Chini Pekan, Pahang, RTC Kelantan, PTK Datin Halimah, Johor dan PTK Changlun, Kedah dengan keseluruhan jualan RM2 juta.
 
Jelasnya, menerusinya kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga berpatutan kepada pengguna disamping dapat membantu usahawan bimbingan FAMA memasarkan produk agromakanan secara terus di outlet-outlet pemasaran FAMA.
 
Ia juga bagi memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan produk agromakanan dengan lebih mudah, segar pada harga mampu milik.
 
"Keistimewaan karnival ini kita ada komponen lain seperti jualan buah-buahan, sayur- sayuran kita bawa peserta usahawan FAMA ladang kontrak .

"Dan kita bawa kluster industri makanan asas tani dan bawa usahawan yang menjual produk berasaskan buah-buahan dan komponen empayar makanan makanan ini adalah produk popular yang kita bawa di Terengganu malah usahawan yang datang dari negeri Kedah," kata Halimah.
 
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan karnival di PTK Chukai Kemaman yang akan dianjur bermula hari ini hingga 15 Jun ini.
 
Dalam pada itu FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500,000 dengan sasaran 50,000 pengunjung di Kemaman kali ini.
 
Karnival tersebut melibatkan empat kluster iaitu kluster makanan popular, kluster segar, kluster industri asas tani dan kluster florikultur.
 
Antara aktiviti menarik yang terdapat di karnival itu ialah pertandingan mewarna, klinik penghasilan kopi, pertandingan  memancing ikan, pertandingan memasak berasaskan tempe dan kelapa, persembahan dikir barat, pertandingan 'Best Of The Best' makanan popular negeri, pertandingan cilik pakaian berasaskan sayuran dan buah dan lain-lain lagi.

TETITIA YUSOFF