(Foto BERNAMA)
DURIAN TUNGGAL, 20 September- Kerajaan Melaka akan meningkatkan kapasiti empangan di negeri itu dengan kaedah membesarkan kolam takungan bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga tahun 2035.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata inisiatif itu termasuk pemindaan zon penampan (buffer zone) daripada 500 meter kepada 200 meter di sekitar kawasan Tadahan Air Empangan Durian Tunggal.
"Dia ada dua fungsi, satu dia akan bekalkan air dari Muar, tambahan air, kapasiti ke empangan ini. Kita ada tambahan penduduk pada masa hadapan, kegunaan air juga semestinya akan meningkat. Jadi kalau kita tidak buat sekarang, kita akan menghadapi kekurangan air pada masa hadapan," katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan tadahan air empangan berkenaan di sini.
Tambahnya, satu dasar baharu turut dikeluarkan bagi membenarkan semula kawasan tanah pajakan berhampiran diteruskan dengan aktiviti pertanian.
Terdahulu, kira-kira 1,000 petani tidak dibenarkan menjalankan kegiatan pertanian di empangan berkenaan.
(Foto BERNAMA)