fb fb fb fb fb

Kapal tempur pesisir, LCS dijangka siap setahun lagi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kapal tempur pesisir, LCS pertama akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Laporan perkembangan pembinaan kapal yang dibina Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, BNS berkenaan akan dimaklumkan secara berperingkat kepada Kabinet dan orang awam.

“Saya menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini, saya harap bahawa jelas kapal pertama akan dapat kita siapkan, dan akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat-peringkat kapal yang telahpun dijanjikan TLDM.

"Saya akan maklumkan kepada kabinet apa yang telah kita lakukan untuk memastikan kali ini insya-Allah mengikut jadual," katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu mengenai jangkaan masa kapal tempur tersebut bakal diserahkan kepada kerajaan.


(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

Media Baharu