fb fb fb fb fb

IWK dan EMB bekerjasama dalam pemprosesan air kumbahan

CYBERJAYA, 8 Ogos- Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsertium (IWK) Sdn Bhd bekerjasama dengan EMB Business (EMB) Sdn Bhd, dalam mempelopori penghasilan etanol dan biogas daripada pemprosesan air kumbahan bagi tujuan komersil.

Jelas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ia selaras dengan usaha ke arah ekonomi kitaran disamping meneroka potensi sisa kumbahan sebagai satu sumber tenaga diperbaharui.

"Ini adalah satu teknologi yang baharu dan perkembangan teknologi ini sangat memberangsangkan."


(Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
menyaksikan MOU antara IWK Sdn Bhd danĀ EMB Business Sdn Bhd)

"Jadi saya juga ingin membgambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada para pensyarah universiti, para penyelidik dan pengkaji yang telah berusaha membangunkan teknologi ini."

"Saya fikir ini satu usaha proaktif dimana sumber-sumber yang kita rasa sumber kumbahan tiada nilai ekonomi telah bertukar menjadi sumber ekonomi yang sangat bagus dalam proses penghasilan sumber baharu bagi negara, dan usaha ini kita akan laksanakan di semua loji-loji kumbahan pada masa akan datang."

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara IWK Sdn Bhd dan EMB Business Sdn Bhd di Cyberjaya.

Tambah beliau, KASA komited meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembentungan negara selaras Matlamat Pembangunan Lestari ke-6 iaitu memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi untuk semua.

Turut hadir Timbalan Menteri KASA, Datuk Mansor Othman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) KASA, Dr Ching Thoo a/l Kim.

Media Baharu