KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Program Bakat Masa Hadapan antara insentif bagi meningkatkan pertumbuhan sektor semikonduktor.
Ini melibatkan penyertaan jurutera dan juruteknik yang tiada pekerjaan.
Malah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut menyediakan geran Automasi Pintar untuk menggalakkan pemain industri beralih ke teknologi itu bagi tujuan pelaburan.
"Kita ada insentif bagi memberi galakan pembangunan pembekal tempatan serta insentif khusus bagi pengalakkan pembangunan ekosistem semikonduktor dalam bidang tertentu seperti 'Intergrated Circuit' - IC design, ic packaging design dan juga 'test and engineering design' untuk ENE kluster yang dimaksudkan,"kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tuan Robert Lau.
Malaysia antara negara utama yang mengeksport cip semikonduktor ke pasaran global.
Tahun lalu, 94 projek semikonduktor telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM148 billion.
(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali)