fb fb fb fb fb

Pembinaan kapal LCS dijangka siap Ogos depan

(Adly Zahari)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) dijangka akan dapat disiapkan menjelang Ogos tahun depan.

Namun, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia masih perlu menjalani ujian penilaian di pelabuhan dan laut sebelum diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Keseluruhan kapal tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada TLDM secara berperingkat mulai tahun 2026 sehingga 2029.

"Kerja-kerja pembinaan semula LCS telah dilaksanakan semula mulai tarikh kontrak tambahan keenam ditandatangani pada 26 Mei 2023 berdasarkan kepada perancangan yang telah dipersetujui oleh kerajaan.

"Aktiviti fizikal pembinaan LCS ini telah dimulakan pada penghujung September lalu," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya di Dewan Rakyat di sini.

Pembinaannya juga dalam pemantauan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terutama daripada segi pelaksanaan.

Setakat ini, hampir 400 pembekal terlibat sepanjang tempoh pembinaan kapal tersebut.

(Kapal LCS)

Media Baharu