fb fb fb fb fb

JAKIM-JPA teliti penyelesaian terbaik atasi isu kekurangan kakitangan

(Mohd Na'im Mokhtar)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kerjasama antara Jabatan Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang dilaksana bagi meneliti penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja berkepakaran dalam bidang kimia dan syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha tersebut termasuk menetapkan skim perkhidmatan khusus buat graduan dalam bidang berkenaan.

Purata permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang diterima JAKIM setiap tahun adalah sebanyak 2,500 permohonan dengan kapasiti pegawai dan kakitangan pengurusan serta pentadbiran di Bahagian Pengurusan Halal seramai 171 orang.

"Kita mengambil kira bahawa 171 kakitangan yang sedia ada mungkin satu bebanan yang agak berat kepada mereka.

"(Bagaimanapun), pihak JAKIM sentiasa bekerjasama dan berbincang dengan JPA dalam usaha menambahkan bilangan kakitangan tersebut.

"JAKIM juga mengambil kira tentang pertukaran kakitangan yang berada di bahagian halal, kemudian dia pergi ke bahagian-bahagian lain," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat, di sini.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu