fb fb fb fb fb

NADMA tiada kuasa kawal selia tabung bencana pihak swasta

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak mempunyai kuasa perundangan bagi mengawal selia mahupun melaksanakan penguatkuasaan kepada pihak swasta yang mewujudkan sebarang tabung bencana.

Perkara itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Bagaimanapun, setiap  tabung bencana yang wujud atau ditubuhkan mestilah tertakluk kepada kerangka perundangan garis panduan serta kuasa yang berkaitan.

Antaranya, Surat Pekeliling AM SPA Jabatan Perdana Menteri (JPM) BIL. 6 1987,  Peraturan Mengutip Derma serta Akta Pengutan Rumah ke Rumah di Jalan 1947 oleh Pertubuhan Orang Ramai.

"Ketiga-tiga pentadbiran undang-undang agama Islam kutipan derma bagi aktiviti agama Islam empat Kementerian Kewangan (MOF) khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) permohonan pemotongan cukai bagi projek komuniti dan amal, kawal selia Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan Akta Syarikat 1965," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim.


(Bagaimanapun, setiap  tabung bencana yang wujud atau ditubuhkan mestilah tertakluk
kepada kerangka perundangan garis panduan serta kuasa yang berkaitan.)

Media Baharu