fb fb fb fb fb

Kanak-kanak tertinggal di masjid selamat diserah kepada keluarga

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun ditemukan tertinggal di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Bandar Baru Kuala Selangor, pada Jumaat / Foto FB Polis Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 13 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun ditemukan tertinggal di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Bandar Baru Kuala Selangor, pada Jumaat.

Kanak-kanak itu diserahkan ke Balai Polis Kuala Selangor yang kemudian membuat hebahan untuk mengesan keluarganya.

Menurut Polis Daerah Kuala Selangor, kanak-kanak itu ditemukan kira-kira pukul 8.30 malam dalam keadaan baik, namun masih belum pandai bertutur.

Selepas beberapa jam hebahan itu dibuat di Facebook, bapa kanak-kanak terbabit menghubungi balai polis.

Difahamkan keluarga terbabit hanya menyedari kehilangan kanak-kanak itu selepas tiba di Beruas, Perak.

Susulan itu, pihak polis memaklumkan kes berkenaan selesai dan kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Othman telah selamat diserahkan kepada ibu bapanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN