fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lelaki hilang di Batu Kawa ditemukan selamat

Enrique Bong Kai Cen ditemukan di kawasan tebingan sungai pada jarak kira-kira 200 meter dari rumahnya

KUCHING, 25 Ogos - Kanak-Kanak lelaki 6 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan Kim Chu Sin, Batu Kawa petang semalam ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, Enrique Bong Kai Cen ditemukan di kawasan tebingan sungai pada jarak kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 5.15 petang tadi.

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Menerusi kenyataan media, Mohd Irwan berterima kasih kepada semua anggota pasukan mencari dan menyelamat serta masyarakat setempat yang memberikan bantuan sepanjang operasi dijalankan.

MASNIZA AWANG KECHIK