fb fb fb fb fb

Kamera AWAS mungkin dipasang di kawasan kemalangan

TELUK INTAN, 18 Mei- Sejumlah RM1.7 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaran jalan Persekutuan di FT58 Jalan Bidor - Teluk Intan untuk mengurangkan kadar kemalangan di lokasi itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan melakukan pemasangan Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di kawasan berkenaan yang dikatakan sering berlakunya kemalangan. 

"Apa-apa idea baharu kita boleh duduk bersama sebab memang itu adalah satu kaedah untuk kita mencegah kemalangan. Supaya kita boleh beri amaran kepada pemandu, kamera ada jaga-jaga jangan terlalu laju nanti kena denda. Ini belum lagi dalam program kita, tapi ada kemungkinan," kata Alexander selepas mengadakan tinjauan di jalan Persekutuan di FT058 Jalan Bidor - Teluk Intan di sini.

Dalam perkembangan lain, Alexander memaklumkan sejumlah RM30 juta telah diluluskan bagi kerja menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

(Datuk Seri Alexander berkata kamera AWAS mungkin dipasang di kawasan kemalangan)

Media Baharu