fb fb fb fb fb

Kajian semula Akta Orang Asli 1954 - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 September- Kerajaan sedang melaksanakan kajian semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi memperhalusi beberapa peruntukan membabitkan masyarakat berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai permulaan, Kajian Pembangunan Kerangka Perundangan serta Mekanisme bagi Pentadbiran Perkahwinan dan Perceraian Adat Orang Asli di Semenanjung sudah mula dilaksanakan.

"Berkenaan dengan pelan strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), saya ingin maklumkan pelan tersebut telah dirangka dan dipersiapkan.

"Perkara tersebut bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat arang asli melalui penyediaan infrastruktur lengkap di seluruh negara. Ia sering dibangkitkan dan kita akan terus usaha sebaik mungkin," katanya dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Parlimen.

Dalam masa sama, isu tanah orang asli turut diambil kira kerana ia membabitkan perbezaan dan pertindihan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu