fb fb fb fb fb

Kajian pembinaan solar terapung, SAMB bekerjasama dengan Nusa Baiduri Konsortium

DUBAI, 15 Mac- Satu kajian berkaitan pembinaan solar terapung di Empangan Durian Tunggal, Melaka akan dilaksanakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bersama sebuah syarikat swasta Nusa Baiduri Konsortium.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Abd Rashid Abd Rahman berkata kajian itu bertujuan untuk mengenal pasti keperluan sistem solar di empangan itu yang dijangka dapat menjana lebih 150 megawat tenaga membabitkan kawasan seluar 600 ekar.

Menurutnya, antara kajian yang akan dilakukan adalah kajian kualiti air, kajian keselamatan dan lain-lain dalam memastikan pembangunan tersebut tidak memberi impak negatif kepada kualiti air di empangan tersebut.

Jelasnya, sekiranya kajian tersebut berhasil dan pembinaan akan dilaksanakan segera menjadikan Melaka sebagai negeri perintis yang memulakan projek tersebut.


(Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Abd Rashid Abd Rahman ditemui media RTM di Dubai)

"Kalau perkara ini dapat dilaksanakan, mungkin kita merupakan negeri pertama dan terbesar di Asia Tenggara membangunkan kapasiti seluas 150 megawat. Jadi perkara ini penting ke arah teknologi hijau dan sifar karbon 2030 yang menyokong kerajaan negeri ke arah itu."

"Dengan adanya pembangunan solar ini akan datang, kita dapat mengurangkan kos operasi terutama melibatkan tenaga elektrik di mana kita akan menggunakan tenaga solar untuk menggantikan operasi tenaga selain daripada TNB," kata beliau di Dubai ketika ditemui pemberita RTM, di sini.

Sebelum ini SAMB sudahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat tersebut.

Mengulas lanjut katanya, kajian ini dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan sebelum sebarang pembinaan dapat dilaksanakan.

Media Baharu