fb fb fb fb fb

Operasi carilamat mangsa tertimbus runtuhan kuari diteruskan hari ini - JBPM Perak

IPOH, 15 Mac- Operasi mencari dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Perak masih diteruskan hari ini.

Kerja-kerja pengalihan batu kuari serta membuat letupan kecil dilakukan bagi memudahkan operasi pencarian mangsa yang kini memasuki hari ketujuh.

"Seramai 52 anggota dari pelbagai agensi dan pasukan dikerah dalam usaha menjejaki lokasi mangsa," kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri kepada RTM.


(Anggota JBPM dari unit STORM meneruskan misi carilamat mangsa yang tertimbus)

Kerja-kerja pemantauan keselamatan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri juga dilakukan bagi membuat penilaian risiko kepada anggota penyelamat.

Dua mangsa yang masih hilang adalah Khew Loo Siew Soon, 49 tahun dan Itam Lasoh, 43 tahun.

Media Baharu