fb fb fb fb fb

Kaji sikap pengundi terlebih dahulu, baru boleh bubar Parlimen - PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos- Keputusan membubarkan Parlimen akan diumumkan selepas kajian lengkap mengenai sikap pengundi diterima daripada Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia penting untuk mengetahui sentimen pengundi dan kekuatan gabungan politik sebelum mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Kita kena dapatkan kajian sikap pengundi, baru saya yakin untuk bubarkan Parlimen untuk PRU.

Kalau tak dapat, bagaimana kita nak masuki peperangan melawan musuh, sebab itu saya beri cabaran dan tanggungjawab kepada Wanita UMNO dan komponen Wanita BN supaya buat kajian sikap yang tepat kepada parti," katanya dalam sidang media selepas berucap pada Konvensyen Wanita BN di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, BN perlu mengambil kira sentimen pengundi putih bagi memastikan keberhasilan strategi BN menjelang PRU akan datang.

Media Baharu