fb fb fb fb fb

Jelajah Tujuh Puncak, program belia tawan gunung tertinggi di Malaysia

(Ketua Jurulatih Program Jelajah Tujuh Puncak, Anith Aswany Mohd Razi)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Program Jelajah Tujuh Puncak menjadi platform untuk golongan belia menawan antara gunung tertinggi di Malaysia.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Kominiti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini telah mendapat sambutan baik para belia dengan hampir 200 peserta hadir pada ujian saringan.

Ketua Jurulatih Program, Anith Aswany Mohd Razi berkata, para peserta perlu menjalani beberapa ujian seperti 2.4km larian, tekan dan bangkit tubi bagi melayakkan mereka dipilih.

Para peserta yang berjaya akan mengikuti latihan selama empat minggu sebagai persediaan menawan ketujuh- tujuh puncak gunung yang bermula dengan Gunung Yong Belar di Perak.

(Para peserta perlu menjalani beberapa ujian seperti 2.4km larian, tekan dan bangkit tubi bagi
melayakkan mereka dipilih menyertai Program Jelajah Tujuh Puncak) 

Mereka akan dilatih dari segi mental dan fizikal kerana cabaran mendaki gunung memerlukan tahap stamina yang tinggi.

"Sekarang ini kita memang akan pilih belia bermula umur daripada 18 hingga 40 tahun untuk program ini lah, jadinya selepas habis empat minggu akan pilih yang betul- betul cergas, akan naik Gunung Yong Belar dan lagi tujuh dan yang terakhir adalah Gunung Kinabalu," kata beliau.

"Sebelum ini saya tak pernah naik gunung, adalah gunung tapi tak adalah antara 7 gunung tertinggi dekat Malaysia ini, jadi apa yang DBKL anjurkan program ini, saya teringin hendak naik ketujuh- tujuh gunung itu," jelas peserta, Muhammad Faris Azhari.

Media Baharu