fb fb fb fb fb

Kaedah sewaan helikopter ATM elak negara dibebani masalah kewangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 November-Kaedah sistem sewaan pembelian helikopter untuk pasukan keselamatan lebih telus bagi mengelakkan negara dibebani dengan kewangan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan meneruskan cara sewaan untuk pembiayaan lebih fleksibel demi memperoleh aset tanpa modal besar

"Kerana dalam bentuk sewaan ini, dia akan mengelakkan daripada membebankan kita dari segi selenggara yang menjadi masalah besar sekarang ini bilion ringgit satu tahun untuk keperluan bahan penyelenggaraan dan kerosakan semula jadi.

"Sebab itu, saya setuju meneruskan keputusan sewaan yang telah dibuat sebelumnya. Cuma kita perluaskan tetapi dia tidak umpamanya perjanjian terus kerana kita buat permintaan berdasarkan kertas kerja dan RFP ini dibawah kerjasama awam swasta kemudian diselaraskan oleh UKAS, meminta semua syarikat-syarikat yang ada keupayaan", katanya demikian selepas menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD