PADANG TERAP, 28 November - Banjir yang berlaku menyebabkan beberapa jalan utama di beberapa daerah di Kedah ditutup kepada semua jenis kenderaan.
Di Padang Terap, 6 jalan utama ditutup selepas ditenggelami air.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Supritendan Abdull Razak Osman berkata, antara jalan yang ditutup adalah Jalan Semeliang; Jalan Kampung Tanjung Kiri dan Kampung Tanjung Kanan.
Selain itu, Jalan Kampung Bendang Raja; Jalan Kuala Nerang-Naka; Simpang Tiga Bukit Gedung; dan Jalan Sungai Kap menghala ke Tanjung Piring, Sik.
Beliau menasihatkan penduduk setempat supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Orang ramai diingatkan supaya tidak bermain dengan air banjir untuk mengelak risiko terdedah dengan aliran elektrik.
Selain, memantau pergerakan anak-anak dan ahli keluarga bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.