fb fb fb fb fb

Kaedah pemilihan UMNO akan ditambah baik - Zahid

FOTO BERNAMA

AYER KEROH, 13 Mac- Penambahbaikan kaedah pengundian Ahli Majlis Jawatankuasa (MKT) UMNO akan dilakukan seiring dengan syarat-syarat pemilihan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi parti serta perbincangan bersama lembaga disiplin UMNO dan jawatankuasa pemilihan UMNO.

"Saya fikir ada perkara yang perlu kita kekalkan, kaedah dan syarat-syarat pemilihan. Namun, setiap kali pemilihan maka akan ada langkah penambahbaikan yang akan kita lakukan.

Perkara ini akan saya bawa ke peringkat majlis tertinggi parti selain kita akan adakan perbincangan bersama lembaga disiplin UMNO dan juga jawatankuasa pemilihan UMNO," kata Zahid kepada pemberita RTM selepas Majlis Pengenalan Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin semua calon-calon yang diperkenalkan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada semua ahli UMNO untuk terus bersatu selain tidak mahu sebarang perbalahan berlaku sepanjang tempoh pemilihan.


(Foto Fail)

Media Baharu