fb fb fb fb fb

Kaedah bersesuaian akan digunapakai, tangani banjir seluruh negara - PM

BERA, 23 Januari - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Bencana Pusat akan diadakan dalam tempoh terdekat, bagi membincangkan secara menyeluruh perancangan menangani masalah banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut turut mengambilkira kaedah bersesuaian yang boleh digunapakai bagi mengurangkan kesan bencana.

Setakat ini, hampir RM6 bilion termasuk wang tunai telah disalur kepada penduduk terjejas banjir.

Kerajaan juga katanya "perlu bertindak segera mencari penyelesaian jangka panjang menangani isu tersebut."

Sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan setiap tahun dalam menghadapi bencana banjir.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan, ketika ini hampir 100% bantuan wang ihsan telah disalurkan kepada penduduk terjejas yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Manakala, berlaku sedikit kelewatan bagi kategori tidak berpindah berikutan maklumat terperinci diperlukan.

Namun beliau memberi jaminan, bantuan akan disalurkan dalam kadar segera.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Ziarah Prihatin penduduk terjejas banjir di Masjid Kampung Guai, Bera.

Media Baharu