fb fb fb fb fb

Bantuan Banjir: 90% Ketua isi rumah terjejas sudah terima RM1,000

SEGAMAT, 23 Januari - Seramai 37,000 penerima atau 90% ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini sudah menerima bantuan RM1,000.

Bantuan diterima daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA berdasarkan senarai nama yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara, PPS.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, tidak timbul isu keciciran bantuan dan pihaknya memberi peluang kepada mereka yang belum mendapat bantuan untuk mendaftar.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kotak makanan dan kit dana kasih LPPKN di Balai Raya Kampung Spang Loi, Segamat Johor.

126 penduduk terjejas di kampung itu menerima bakul makanan, dapur dan tong gas.

Media Baharu