fb fb fb fb fb

45.1% Populasi dewasa telah terima suntikan dos penggalak

PUTRAJAYA, 23 Januari - Seramai 153,210 individu dewasa menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif penerima dos penggalak melibatkan populasi berkenaan seramai 10,561,588 individu atau 45.1% setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,915,270 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa negara telah lengkap vaksinasi.

Manakala lebih 23 juta individu atau 99.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, lebih 2.7 juta individu atau 88.3% telah lengkap vaksinasi.

Manakala lebih 2.8 juta atau 91% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 14 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor, Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu masing-masing mencatatkan dua kematian.

Manakala di Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan satu kematian.

Media Baharu