fb fb fb fb fb

Calon PRU DUN Johor : Srikandi harap lebih ramai penglibatan wanita

 





SEGAMAT, 23 Januari - Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), masih menunggu arahan pucuk pimpinan tertinggi sebelum
meletakkan calon wanita bagi Pilihan Raya Umum, Dewan Undangan Negeri, (PRU DUN) Johor nanti.

Katanya, bagaimanapun, senarai itu belum dimuktamadkan.

Katanya, walaupun dasar kuota wanita sama ada dalam parti politik, agensi dan sebagainya adalah sebanyak 30 peratus, namun sayap berkenaan mahukan lebih ramai wanita dalam barisan kepimimpinan.

"Dasar kita sebenarnya adalah 30 peratus, namun kita berharap lebih ramai wanita diletakkan sebagai pembuat dasar. Sebenarnya, kita juga masih belum memutuskan berapa banyak kerusi yang Bersatu akan tandingi serta berapa ramai calon wanita kerana pembubaran DUN Johor hanya diperkenan semalam," katanya

"Bersatu akan berunding dengan parti sekutu lain dalam Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat. Ini kerana terdapat 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor. Apa pun, kita akan menghantar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita untuk dipertimbangkan sebagai calon," katanya selepas Program Penyampaian Kotak Makanan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Kit Dana Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kepada 126 penduduk terjejas banjir di Dewan Kampung Spang Loi, Batu Anam, di sini.

Tegasnya., beliau mahu Srikandi diberi peluang menghantar wakil bukan hanya sebagai calon yang boleh memenangi kerusi bahkan dapat berkhidmat untuk rakyat

Rina berharap siapa juga calon Srikandi yang dipilih bertanding pada PRN Johor nanti mampu memenangi hati semua lapisan masyarakat.

"Sebagai Ketua Srikandi Bersatu dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita mahukan lebih ramai calon wanita. Untuk pemilihan calon ini, kita melihat segala aspek, hubungannya dengan rakyat, kelayakan, cara kepemimpinan dan pelbagai kriteria lagi," katanya.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN, berkuat kuasa 22 Januari bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Ia selepas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menghadap baginda di Istana Bukit Serena bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN.

Sementara itu, beliau berkata, gerak kerja dan pengagihan bantuan kepada 37,000 mangsa banjir baru-baru ini, antaranya di Selangor, Kelantan, Pahang dan Johor, sudah mencapai lebih 90 peratus.

"Kita tidak menghadapi masalah mengagihkan pelbagai bantuan, antaranya dapur gas, tong gas dan kotak makanan dengan kerjasama pimpinan setempat. Kerajaan Persekutuan dan negeri turut memberikan sokongan," katanya.

Srikandi Bersatu sebelum ini pernah menyerahkan enam nama sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

Media Baharu