fb fb fb fb fb

Lelaki maut, kereta terbabas langgar belakang Proton Exora



TAPAH, 23 Januari- Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 53, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, tengah malam tadi.

Nahas pada pukul 12.45 tengah malam itu mengorbankan D.Sivabalan, 50, di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Iswara dipandu mangsa melanggar bahagian belakang Proton Exora dipandu lelaki berusia 21 tahun di arah bertentangan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat".

“Siasatan awal mendapati, nahas berlaku apabila kereta mangsa masuk ke lorong bertentangan dan melanggar sebuah kereta lain sebelum terbabas masuk ke dalam parit,” katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Media Baharu