fb fb fb fb fb

Kadar taburan hujan negara normal - METMalaysia

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Malaysia dijangka akan mengalami peralihan fenomena El Nino ke La Nina sekitar suku ketiga pada tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, La Nina yang merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk daripada biasa itu akan mengalami masa kemuncaknya hingga hujung tahun ini.

"Kita tidak menyangkakan kesan yang terlalu ketara sangatlah ke atas taburan hujan di negara kita, sebab La Nina ini dijangka memuncak pada penghujung tahun, itu adalah kebiasaan bagi La Nina.

"Jadi setakat ini, tinjauan cuaca kami menjangkakan bahawa kadar cuaca atau taburan hujan kita agak normal purata sehingga ke September nanti," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa cakna dengan sebarang amaran bencana.

Tambahnya, penggunaan air perlu diminimumkan serta mengelakkan pembakaran terbuka.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM