fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran negara turun kepada 3.5 peratus - Sivakumar

(FOTO FAIL)

TAMPIN, 7 Oktober - Kadar pengangguran dalam negara mencatatkan trend menurun iaitu 3.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 3.6 peratus pada suku keempatĀ 2022.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata pelbagai inisiatif telah dilaksana untuk membantu golongan pencari kerja termasuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar)

"Memang ada perubahan dalam trend pencarian tetapi selepas COVID memang keadaan agak huru hara sedikit sebab ramai yang telah diberhentikan kerja.

"Mereka tidak tahu dimana mereka hendak bekerja dan sebaginya dan mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan dan minat mereka. Jadi untuk menempatkan mereka semula telah mengambil masa sedikit tetapi saya rasa semuanya berada dalam keadaan terkawal," kata Sivakumar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jelajah MADANI bersama Menteri Sumber Manusia, di sini.

Tambah Sivakumar, melalui Portal MYFutureJobs, sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023.

Media Baharu