fb fb fb fb fb

Kadar jenayah indeks Malaysia 2022 turun empat peratus

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 11 Januari-Kadar Jenayah Indeks seluruh negara sepanjang 2022 turun lebih 4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Turut mencatatkan pengurangan kes jenayah komersial.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.. 50,819 kes jenayah indeks direkodkan tahun lalu.

Ia lebih rendah berbanding 2021 yang mencatatkan 52,974 kes.

30,536 kes jenayah komersial pula direkodkan tahun lepas berbanding 31,490 kes tahun sebelumnya.

Penguatkuasaanberkesan membolehkan jumlah tangkapan berkaitan penyeludupan, migran dan khazanah negara meningkat.

5,945 tangkapan dibuat tahun lalu dengan membabitkan rampasan hampir setengah bilion ringgit.

Tangkapan kes sama pada 2021 pula adalah seramai 4,840 orang dengan rampasan RM445.9 juta


(FOTO HIASAN)

Media Baharu