fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM45.12 bilion dalam sistem konvensional dan RM32.93 bilion dalam dana Islam.

Hari ini bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion selama tujuh hari serta bernilai RM500 juta setiap satu bagi 14 hari dan 28 hari.

(Foto fail)

BNM juga akan melaksanakan tiga tender Qard bernilai RM1 bilion bagi tujuh hari, RM1.4 bilion untuk 14 hari dan RM1.1 bilion bagi 21 hari.

Bank pusat juga akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM850 juta bagi 28 hari dan RM200 juta untuk 87 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM43.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM28.4 bilion.- BERNAMA

Media Baharu