fb fb fb fb fb

Premis kotor, pengusaha kedai makan boleh dihadap ke mahkamah

IPOH, 31 Januari- Pengusaha kedai makanan di Ipoh boleh berdepan tindakan undang-undang termasuk dihadapkan ke mahkamah sekiranya gagal memastikan kebersihan premis masing-masing berada pada tahap yang terbaik.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin menegaskan, pasukan penguatkuasaan digerakkan setiap hari terutama di kawasan tumpuan pelancong.

"Kami perlu bersikap tegas sejajar dengan sasaran Menuju Ipoh Bersih 2023 dan Tahun Melawat Ipoh 2023.

Kalau ada keperluan untuk bawa ke mahkamah, kita akan bawa, kita tak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana ada satu kedai kotor, tular satu Malaysia kata semua peniaga di Ipoh pengotor," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Januari, sini.


(Datuk Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh)

Tahun lalu, sebanyak 5,882 premis makanan telah diperiksa menerusi pemeriksaan rutin harian.

429 kompaun berjumlah RM78,300 juga telah dikeluarkan bawah Undang-undang Kecil Establisymen Makanan (Majlis Bandaraya Ipoh) 2017 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Media Baharu