fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM44.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM34.80 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan satu Program Komoditi Murabahah RM1 bilion untuk 33 hari.

(Foto hiasan)

Ia juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM43.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM32.8 bilion.- BERNAMA

Media Baharu