Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Julai-Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Likuiditi konvensional meningkat kepada RM52.30 bilion; dana Islam meningkat kepada RM16.60 bilion.
  • BNM menjalankan tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan dua tender Murabahah Komoditi Bercagar.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 24 Julai 2026.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM52.30 bilion daripada RM50.33 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam menokok kepada RM16.60 bilion daripada RM16.43 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) dan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar).

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM52.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.60 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 24 Julai 2026.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.