fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM41.11 bilion daripada RM43.78 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam merosot menjadi RM22.54 bilion daripada RM24.02 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat mengadakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM41.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.40 bilion, kedua-duanya untuk wang empat hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 9 November.

ROSLINA BINTI DIN