fb fb fb fb fb

874 lokasi dikenal pasti 'hotspot' banjir di Johor

Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bencana sebagai persediaan menghadapai MTL dan pencemarang sungai di Johor.

JOHOR BAHRU, 10 November -  Sebanyak 874 'hotspot' banjir di seluruh negeri ini telah dikenal pasti, kata Menteri Besar Datuk On Hafiz Ghazi.

Susulan itu, kerajaan Johor merangka beberapa pelan tindakan serta langkah mitigasi terperinci bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Beliau turut mengarahkan setiap aset, logistik dan sistem amaran awal banjir bencana diperiksa agar berfungsi dengan baik.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia ) juga boleh mengeluarkan amaran tiga hari sebelum hujan lebat berterusan di daerah masing-masing.

"Ini bagi membolehkan setiap pegawai daerah mengadakan mesyuarat penyelarasan bencana dalam tempoh 24 jam selepas mendapat amaran.

"Oleh itu, setiap pegawai daerah sudah diminta membuat Mesyuarat Penyelarasan Bencana dalam tempoh 24 jam selepas mendapat amaran tersebut," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi.

Selain itu, program gotong-royong membersihkan saliran, longkang dan parit di setiap daerah, kampung-kampung terutamanya di kawasan berisiko banjir perlu dilakukan.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bencana sebagai persediaan menghadapai MTL dan pencemarang sungai di Johor.

GRACE AISYAH KEDAYAN