fb fb fb fb fb

K-KOMM sasar rangkaian 4G di negara capai 96.9% menjelang akhir tahun

KOTA KINABALU, 3 Jun- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) meneliti tiga teknologi baharu bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian internet di kawasan terpencil yang tidak mendapat liputan menggunakan kabel optik.

Menurut Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, keperluan itu seiring dengan matlamat memastikan rangkaian 4G di seluruh negara mencapai 96.9% menjelang akhir tahun ini.

Satelit Low Earth Orbit (LEO), Radio Access Network dan TV White Space merupakan tiga teknologi yang sedang dalam peringkat penelitian.

K-KOMM ketika ini, menggunakan kemudahan Satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) untuk menyediakan liputan di kawasan terpencil seluruh negara.

Penggunaan teknologi terkini itu bagi memastikan tiada kawasan tercicir daripada teknologi digital, khususnya menerusi program Jalinan Digital Negara (JENDELA).

"Secara umumnya bersetuju supaya kementerian dan MCMC dapat duduk bersama-sama wakil negeri untuk kita cuba 'streamline cut' supaya kita dapat merumuskan secara kasar perkara yang boleh ditambah baik bukan kata menyeragamkan tapi sekurang-kurangnya ada satu pendekatan yang boleh membantu mempercepatkan program seperti JENDELA dan PoP," kata Annuar ketika ditemu bual RTM dalam sidang media selepas mesyuarat MEDIKK pertama untuk tahun ini, di Kota Kinabalu.


(Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa)

Annuar turut memaklumkan liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9% kawasan berpenduduk di negeri itu.

Media Baharu