fb fb fb fb fb

K-KOMM, RTM tumbangkan 15 ekor lembu, 4 kibas

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Aktiviti ibadah korban terus rancak dilaksana di seluruh negara pada hari kedua sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan meraikannya menerusi Program Ibadah Korban PCK-KOMM yang berlangsungĀ di perkarangan Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

Program tersebut merupakan julung kali dianjurkan oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) cawangan K-KOMM dengan kerjasama Kelab K-KOMM dan Masjid Muhammadi.

Menurut Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, sebanyak 15 ekor lembu dan 4 ekor kibas dikorbankan sempena program ini.

"Ia dilaksanakan secara bergotong- royong melibatkan kira-kira 150 petugas K-KOMM yang terdiri daripada pelbagai agensi di bawahnya.

Penganjuran program ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah dan hubungan silaturrahim antara kakitangan terlibat malah memupuk semangat kerjasama sebagai satu keluarga selari dengan konsep Keluarga Malaysia," katanya pada Program Ibadah Korban PCK-KOMM di sini.

(Warga K-KOMM memotong daging korban untuk diagihkan kepada lebih 300 penerima)

Kesemua daging korban akan diagihkan kepada lebih 300 penerima terdiri daripada warga K-KOMM dan golongan asnaf serta fakir miskin.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Media Baharu