fb fb fb fb fb

Juruteknik hina kalimah Allah, dipenjara enam bulan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Seorang juruteknik aplikasi sosial dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM12,000 atas pertuduhan secara sedar memuat naik hantaran yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi Facebook pada 18 Mac lalu.

Tertuduh menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’,  turut mendakwa hanya menjadi 'keyboard warrior' dengan tujuan untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran sinis tersebut dikesan sekitar pukul 3.00 pagi dan pada hari sama beliau mengakui tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh telah mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas tertuduh agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM