fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir semakin berkurang

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 November- Bilangan negeri yang terkesan banjir kekal enam dengan 13 daerah di Perak, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan dan Sarawak masih terjejas setakat pukul 4.00 petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)memaklumkan seramai 1,789 penduduk daripada 511 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan masih berada di 28 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding laporan pada pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut NADMA, empat PPS ditutup hari ini iaitu PPS Putat Tujuh dan PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Kual di Pasir Mas, Kelantan serta PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar dan Dewan Hala Cara Baru, Sabak Bernam, Selangor.

Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga 4.00 petang tadi empat sungai merekodkan bacaan paras air berada di tahap bahaya iaitu Marudi, Long Jegan dan Long Teru di Miri, Sarawak serta Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor.

(Foto hiasan)

Media Baharu