fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak sedikit menurun

FOTO BERNAMA

IPOH, 28 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak mencatat sedikit penurunan kepada 5,844 orang setakat pukul 10 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 45 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di enam daerah.

"Manjung kekal daerah paling terjejas dengan 2,270 penduduk daripada 687 keluarga berlindung di 18 PPS.

"Di Hilir Perak, seramai 1,635 penduduk daripada 502 keluarga ditempatkan di 10 PPS. Sementara itu, Perak Tengah menempatkan 1,429 penduduk daripada 410 keluarga di sembilan PPS.

"Daerah lain yang turut terjejas ialah Bagan Datuk, Larut Matang dan Selama, serta Muallim," menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Perak sehingga esok.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE