fb fb fb fb fb

4,543 penduduk terjejas banjir di Kedah

FOTO APM

ALOR SETAR, 28 November - Seramai 4,543 penduduk terjejas banjir melibatkan 1,454 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah setakat 11 pagi tadi.

Tiga daerah yang dilanda banjir ialah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Kota Setar.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah, Kubang Pasu mencatat jumlah tertinggi dengan 2,499 penduduk terjejas daripada 843 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS.

"Di Kota Setar, seramai 1,928 penduduk terjejas daripada 576 keluarga berada di enam PPS, menunjukkan peningkatan berbanding sebelumnya.

"Sementara itu, Pokok Sena menempatkan 116 penduduk terjejas daripada 35 keluarga di sebuah PPS iaitu di Dewan Pokok Sena," menurut kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE