fb fb fb fb fb

Jumlah pembekal utama telur ayam di Perlis ditingkatkan sekali ganda

PADANG BESAR, 26 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis mengenal pasti sebanyak 12 pembekal utama bekalan telur ayam ke Perlis ketika ini.

Ini bagi mengatasi isu kekurangan bekalan telur ayam yang berlaku melibatkan gred A, B dan C ketika ini dikebanyakan premis runcit.

Pengarah KPDNHEP Negeri, Norazah Jaapar berkata bekalan telur ayam dijangka pulih dalam masa terdekat berikutan usaha yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) termasuk pemberian subsidi kepada pengeluar telur ayam iaitu sebanyak 8 sen.

Katanya, bekalan telur ayam masih dibekalkan namun jumlah bekalan berkurangan berbanding sebelum ini sehingga menyebabkan pengguna tidak memperoleh gred dikehendaki.

(Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar)

"Kita nasihatkan supaya para pengguna boleh memilih bekalan daripada telur-telur gred yang lain-lain lah. Kalau kita hendak kira bekalan telur daripada gred A, B dan C yang disubsidikan itu, mungkin tidak jumpa tapi boleh memilih untuk beralih kepada bekalan yang lain. Kita kenal pasti sebenarnya masalah ini berpunca daripada bekalan daripada ladang itu sendiri," katanya.

Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan dan pemeriksaan bekalan barangan keperluan di Felcra Lubuk Sireh, di sini.

Tambah Norazah, telur ayam antara 26 jenis barangan keperluan asas yang disenaraikan KPDNHEP Perlis bagi menghadapi Monsun Timur Laut dan bekalannya akan dipastikan mencukupi sekiranya berlaku banjir.

Media Baharu