fb fb fb fb fb

Program SULUNG akan diperluas ke 20 UA tahun depan - Noraini

BATU PAHAT, 26 Oktober - Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) akan diperluaskan ke 20 buah Universiti Awam (UA) di seluruh negara tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata fasa pertama program yang bermula bulan ini melibatkan lapan universiti awam dengan 76 pelajar daripada 115,477 permohonan, diterima secara dalam talian.

Katanya, inisiatif program itu bagi membantu generasi pertama B40 yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad)

"Kita juga akan bantu dari segi meningkatkan kebolehpasaran graduan siswa sulung ini melalui kerjasama dengan pihak industri bagi memastikan mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik sebaik tamat pengajian nanti," katanya pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan KPT di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), di sini.

Tambah Noraini, siswa SULUNG menerima bantuan kewangan merangkumi yuran pengajian, elaun sara hidup dan komputer riba.

Sehingga kini, KPT memperuntukan sebanyak RM150 juta bagi menjayakan inisiatif pemberian biasiswa dan bantuan kewangan bersasar melibatkan 30,314 penerima.

Media Baharu