NILAI, 24 Jun- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah miskin tegar di Malaysia perlu dinoktahkan pada tahun ini.
Selain itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu menggerakkan jentera dengan segera bagi merealisasi perkara tersebut
Anwar berkata, KKDW merupakan kementerian strategik yang mampu menyantuni rakyat.
"Walaupun ada agensi-agensi lain, KKDW sangat penting termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendapat maklumat yang tepat bagi golongan miskin tegar.
"Tahun ini kita mesti noktahkan jumlah kemiskinan tegar termasuk di Negeri Sembilan. Maknanya ini adalah tidak praktikal berapa jumlah 130,000 keluarga. Sekarang ini sudah cecah 50-60% jumlah masuk yang melepaskan dia daripada kemiskinan," katanya pada Majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Dataran Nilai.
Bagaimanapun, seluruh jentera kerajaan mesti bekerjasama untuk ke arah itu selain beri keutamaan kepada keluarga miskin tegar.
Sementara itu, Anwar turut menyerahkan bantuan berjumlah RM12.8 juta yang memanfaatkan 5,757 penerima melalui program Sentuhan Kasih Desa Negeri Sembilan.
Bantuan itu merupakan program bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Penerima bantuan yang ditemui pemberita Mohd Yusoff Fauzi turut memberi reaksi positif kerana "KKWD memberikan peluang dan menggilap bakat saya selain dapat mengembangkan lagi perniagaan. Peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan kepada penduduk kampung."
Bagi Usahawan Desa Marhanim Che Omar, "usaha KKDW memberikan saya untuk meluaskan lagi perniagaan selain membantu usahawan untuk menambah pendapatan."
(Anwar Ibrahim)