KUALA LUMPUR, 24 Jun- Majlis Getah Malaysia (MRC) berjaya menyelesaikan misi khasnya ke Brussels, Belgium dari 18 hingga 23 Jun lalu.
Ia bertujuan membentangkan kertas pendirian mengenai European Union (EU) Corporate Sustainability Due Diligence (CSDD) bertajuk "Bersama Menuju Masa Depan Lestari Industri Getah Malaysia".
Menerusi kenyataan itu MRC berkata, "Parlimen Eropah telah bersetuju dengan usul untuk direktif CSDD oleh Suruhanjaya Eropah (EC)."
Ia bagi memupuk kelestarian dan tingkah laku korporat yang bertanggungjawab, serta memastikan hak asasi manusia termasuk mengambil pertimbangan alam sekitar berkaitan operasi syarikat dan tadbir urus korporat.
Direktif baharu CSDD merupakan rangka kerja yang amat dialu-alukan.
Perkara itu bagi memastikan tingkah laku perniagaan yang bertanggungjawab dan menyokong usaha dalam memenuhi komitmen Perjanjian Paris dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) sekali gus dapat menangani kesan buruk termasuk dalam rantaian nilai di dalam dan di luar Eropah.
(Tangkap layar kenyataan media)