fb fb fb fb fb

Masyarakat berperanan halang penularan denggi

(FOTO RTM)

BUKIT MERTAJAM, 24 Jun-Masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha menghalang penularan jangkitan denggi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata masyarakat perlu mengambil tanggungjawap untuk memastikan persekitaran kawasan perumahan bersih dan tidak mudah terdedah kepada ancaman nyamuk Aedes.

"Jadi, pada tahun ini, kita mendapati kes-kes denggi Pulau Pinang meningkat mendadak berbanding tahun lepas.

"Tetapi setelah berusaha, kes denggi menurun dan kita berharap kita mampu mengawal keadaan dengan usaha di peringkat komuniti", katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes 1.0 & Pelancaran One Hour Malaysia Clean Up Bersempena Hari Denggi Asean Daerah Seberang Perai Tengah di sini.

Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di negeri ini adalah sebanyak 4,799  kes berbanding 282 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 1,602 peratus  bersamaan dengan 4,517 kes.


(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow/FOTO RTM)

Media Baharu