SERDANG, 2 Mac- Jumlah graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) berasaskan pertanian masih pada kadar sederhana.
Justeru, usaha meningkatkan keterlibatan serta minat generasi muda dalam bidang pertanian perlu dipertingkatkan.
Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu hanya 600 orang graduan dari seluruh negara dilahirkan setahun buat masa ini.
"Anak-anak muda sekarang ini tidak salah mereka siapa pun begitu dia nak pendapatan yang cepat. Tapi macam pertanian ini, kalau terlibatnya itu hasilnya lambat, walaupun ianya 'sustain' tapi kita kena menguar-uarkan agar masa depan dalam bidang pertanian ini lebih cemerlang," kata Mohamad kepada media selepas merasmikan Ekspo Pakar Pertanian di sini.
Ekspo tersebut berlangsung sejak semalam sehingga esok di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ia merupakan satu platform eksklusif yang didedikasikan untuk keseluruhan ekosistem bekalan makanan dengan penekanan khusus pada kemampanan.