fb fb fb fb fb

Julang martabat Malaysia, hargai pengorbanan pejuang kemerdekaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar tidak mensia-siakan pengorbanan darah, air mata dan keringat para pejuang kemerdekaan terdahulu.

"Apakah ertinya kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak 67 tahun lalu sekiranya jiwa kita masih terbelenggu hingga mengizinkan ketelanjuran pimpinan yang sama sikapnya seperti penjajah yang diusir suatu ketika dahulu?," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana bebas dan berjiwa merdeka.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk mencipta kejayaan luar biasa sekiranya setiap rakyat, tanpa mengira kaum, bersepakat ke arah satu matlamat yang menjulang darjat dan martabat negara sebagai sebuah negara yang hebat dan gagah di mata dunia.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN