fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah dapat sambutan amat menggalakkan

LANGKAWI, 23 Mei- Usaha kerajaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui Jualan Rahmah amat dialu-alukan.

Di Langkawi, Jualan Rahmah yang berlangsung hari ini di salah sebuah pasar borong di Sungai Menghulu mendapat sambutan amat menggalakan.

"Boleh membantu rakyat, harga murah separuh daripada itu. Kami lalu di sini nampak ramai orang, banyak membantu," kata Fadiah Ibrahim yang bekerja sendiri.

"Alhamdulillah Jualan Rahmah sangat memberangsangkan dapat membantu rakyat yang ekonomi sekarang agak mencabar. Jadi dapat membantu rakyat untuk membeli dengan berjimat cermat. Tengok barang diskaun banyak," kata suri rumah, Nurfidah Bahari.

Sebanyak 17 jenis barangan ditawarkan bawah harga pasaran.

Antaranya beras, gula, minyak masak paket 1 kilogram, susu pekat, telur ayam dan ayam segar.

Jualan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Hadir sama Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth.

Menyentuh mengenai kekurangan bekalan gula di Kedah, Fuziah menasihati pengguna agar tidak panik.

"Gula itu mencukupi dan KPDN memang buat yang terbaik untuk memastikan bajawa semua gula itu jika ada aduan ia akan sampai daripada pemborong-pemborang terdekat," katanya.

Jualan Rahmah seterusnya di pulau itu akan diadakan pada 26 Mei di sebuah pasar borong di Kampung Bohor.

(Jualan Rahmah dapat sambutan amat menggalakkan/Foto fail)



Media Baharu