fb fb fb fb fb

Jualan Agro MADANI LPP Perlis catat nilai jualan lebih RM200,000

Menurut Pengarah LPP Perlis, Roshidah Ahmad, jualan itu dapat membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup.

KANGAR, 10 November- Program Jualan Agro MADANI oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di seluruh Perlis mencatat nilai jualan sebanyak RM222,572.

Menurut Pengarah LPP Perlis, Roshidah Ahmad, jualan itu dapat membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Program tersebut juga dapat meningkatkan pendapatan usahawan agromakanan dalam kalangan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

"Sasaran sebanyak lapan program Jualan Agro Madani oleh LPP melibatkan enam PPK sehingga ini telah tercapai.

"Kami akan terus menambah program tersebut sehingga penghujung tahun ini.

"Jualan Agro MADANI mampu menjamin ketersediaan bekalan agromakanan dan memberi pilihan kepada ahli PPK mendapatkan bekalan pada harga berpatutan.

"LPP akan terus komited memainkan peranan dalam usaha memperluaskan pelaksanaan program tersebut, selain Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)" katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM